Akukah wanita yang terpilih?

11:59:00 PG



Assalammualaikum reades 
Morning dunia khayalanku ! thnks my lovely blog yang sentiasa mendengar luahan hati ini. Mungkin nie luahan yang pertama untuk blog baru wanny, but bukannya baru lagi untuk wanny luahkan dalam blog sendiri. Dari tahun 2012 lagi wanny mula berblog. Sangat seronok berimaginasi sendiri untuk mencipta dunia sendiri, kebahagian sendiri, hidup dengan penuh dengan kegembiraan tapi tidak akan terjadi untuk dunia sebenar. ALLAH HUROBBI ! selalu keluar kata-kata semangat untuk diri ini dan orang sekeliling tapi sejujurnya tidak terdaya.... ALLAH MAHA BESAR ! turunkan ujian setiap masa untuk menguji seteguh mana iman diri ini ? sangat nipis YA ALLAH ! 


Bila tak kuat untuk menghadapi, saat itu air mata jatuh berjuntai.....sakit? letih? lelah? belum mampu tersenyum ! hebat cabaran hidup ini. Tapi sematkan dalam hati dan fikiran sendiri bahawa dugaan ini salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan ALLAH ! sayangnya MAHA PENCIPTA ku ini kepada hambanya. Alhamdulillah, masih ada yang sudi mendengar luahan hati, resah, gelisah dan masih ada yang sudi menghulurkan tangan untuk berpaut. 


Wanita? ya wanita/perempuan/gadis/hawa bunyi berbeza tapi maksudnya yang sama. Tak perlu taburkan harta untuk kami terus tersenyum cukup dengan pujukan sewaktu kami mengalami kesedihan. Dengan pujukan, kami mampu tersenyum. Hati kami tidak sekental kamu wahai kaum adam ! bila satu saat kami terjatuh kerana kebinasaan manusia durjana hanya air mata yang akan mengalir. Hati perempuan tidak sehebat hatimu wahai lelaki. Pujuklah hati wanita ini agar terus melangkah untuk menempuh dugaan dunia ini.


Ketahuilah adam, Pipi perempuan tembam bukan sebab gemuk. Malaikat memegang pipi wanita dan merasa asing, kemudian bertanya kepada ALLAH....


" Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilai ? " Allah menjawab, " Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpannya air mata dan terdapat beban berat. " Malaikat bertanya, " Kenapa mengalirkan air mata ? " Allah menjawab " Air mata adalah salah satu cara untuk melepaskan beban. Mengalirkan air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidak senangan, pergaduhan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian,dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya. "


"Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya kerana senang dengan keluhan (air mata) nya "


Syukur masih mampu merasai nikmat kehidupan yang diredhai ALLAH s.w.t. Thnk you ALLAH. Thnks for u kerana sudi membaca luahan hati ini....sayang kamu 

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Menangis lah kalau rasa nak menangis krna itu salah satu cara utk mlpaskan kesedihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semestinya hanya mampu menangis :)

      Padam

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥