Resepi : Maggie goreng simple

12:03:00 PTG




Assalammualaikum guys 
Hollaaaa....baru gediks nak mengupdate hahaha :)
Ok meh wanny nak share resepi ringkas hari nie. Resepi maggie goreng simple jer, biasa lah kalau masih belum bersuami lagi kita masak simple-simple jer dah la. Untuk perut sendiri jer hohoho. Wani kalau dengan maggie nie macam bff dah *pftttt* biasa lah, bila bergelar student makan maggie jer lah yang mampunya. Nak beli yang mewah-mewah sikit tak mampu. It;s ok ! ada makanan nie pun dah cukup bersyukur dah. Meh wanny ajar buat maggie simple di alam semesta nie hahah 


Bahan-bahan :
  • Bawang putih @ bawang merah - 1 @ 2 ulas (ditumbuk)
  • Minyak - ikut korang
  • Air - ikut korang
  • Sos cili & kicap manis - ikut korang
  • Telur @ sayur - ikut korang
  • Maggie

Cara membuat :
  • Masukkan minyak dan biarkan panas dahulu kemudian masukkan bawang yang telah ditumbuk. Tumiskan sehingga kekuningan.
  • Seterusnya masukkan air. Kalau korang nak kuah, lebihkan air.
  • Kemudian masukkan perencah maggie korang, masukkan sos & kicap manis then telur. Boleh juga kalau korang nak masukkan udang @ sotong. Kacau sehingga rata. Kalau nak lebih pedas lebihkan sos.
  • Lepas tu bila dah mendidih korang masukkan maggie. Kacau sehingga sebati. Kalau nak masukkan sayur pun boleh time nie.
  • Bila dah sebati, kalau korang nak kuah...korang dah boleh angkat. Tapi kalau ada yang tak nak kuah, korang kena biarkan kuah tu kering sedikit ok. Lepas tu boleh la angkat.
  • Akhir sekali boleh la angkat. Then boleh juga makan dengan telur mata :)






Ok dah siap maggie goreng simple i huhuhu...
Wanny tak letak telur mata dah sebab masa masak tadi kan letak telur then wanny memang tak letak sayur sebab wanny memang tak suka sayur huhuhu ^^

You Might Also Like

0 ulasan

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥