5 tabiat buruk ketika makan

5:04:00 PTG



Assalammualaikum
Hey reades !

Hey korang ? sihat ? meh nak share 5 tips tabiat buruk ketika makan. Sebenarnya wanny pun ada tabiat buruk time makan tau sebab tu kurang membesar. Meh meh baca sini !


1. Tidak makan/sarapan pagi

Ok kalau perut wanny pepagi jer tak boleh makan makanan yang berat n pedas. Kang sakit tak kena tempat, kerja meragam sesaje. Sebenarnya sarapan pagi nie sangat diperlukan untuk memberikan tenaga pada tubuh dan membantu otak untuk berfikir. Oleh itu, tabiat tidak sarapan pagi sangat tidak baik untuk kesihatan. Pilihan yang terbaik untuk sarapan pagi yang sihat ialah buah-buahan.

2. Makan sebelum tidur

Makan sebelum tidur ? yes, wanny selalu buat then bila terkantoi dengan mak ayah kenalah ceramah free then korang jangan buat tau, kalau korang makan makanan pedas, makanan berlemak, atau yang mengandung kefein selama 1-3 jam sebelum tidur, kualiti tidur korang akan berkurangan. Makanan berlemak boleh menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab dan makanan pedas boleh menyebabkan sakit perut. Oleh itu, beri jangka waktu yang cukup antara makan malam korang dengan waktu tidur korang yer.

3. Makanan Ringan/Snek

Jika makanan ringan korang ialah lobak merah atau buah-buahan, maka tiada masalah. Tetapi, kebiasaannya kita memilih makanan ringan berupa snek yang hanya akan menyumbang untuk lemak dan kalori dalam badan. Untuk penyelesaian, makan hidangan kecil 5-6 kali sehari. Ini akan membantu pembakaran kalori sepanjang hari, kerana sistem metabolik boleh bekerja dengan betul kerana diet ini.

4. Membiarkan diri kelaparan

Kalau wanny memang selalu biarkan diri kelaparan sebab tak sempat makan then kalau boleh nak siapkan semua kerja. Sebenarnya tak elok ok tabiat nie sebab akan mengganggu sistem pencernaan tubuh. Kalau ini yang dilakukan untuk menurunkan berat badan, maka yang terjadi adalah sebaliknya. Reaksi pertama tubuh bagi orang yang kelaparan ialah naiknya berat badan dari simpanan lemak tubuh. Ketika tubuh dibiarkan lapar, tubuh menanti makanan daripada kita. Selepas kita makan, tubuh akan menyimpannya sebagai lemak, sebagai jangkaan jika tubuh akan kelaparan lagi. Akibatnya, lemak jadi menimbun. Oleh itu, makanlah dengan jumlah yang kecil tetapi kerap!

5. Makan terlalu cepat

Makan terlalu cepat hari-hari wanny buat sebab terkejar-kejar nak ke class, nak rebut toilet, nak solat nak ke ladang ( kehidup di asrama ) so hari-hari wanny memang kalut sikit then time makan kalau boleh nak telan jer terus tak mau kunyah dah. Tabiat nie sebenarnya membuatkan tubuh tidak dapat mencerna makanan dengan sempurna, terutama di bahagian mulut. Sebaiknya, belajarlah untuk mengunyah agak lama ikut sunnah Rasullullah ) sehingga makanan dapat dicerna dengan baik nantinya. Makan terlalu cepat juga boleh menyebabkan seseorang makan berlebihan dan risikonya ialah naiknya berat badan. Makan perlahan dapat membantu otak mengetahui bahawa kita sedang makan dan dengan demikian dapat memberi isyarat ketika kita sudah kenyang.


Korang pernah buat macam tabiat-tabiat tu? Mulai sekarang, jom, kita stop tabiat tu sesama ok 

You Might Also Like

0 ulasan

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥