Dia superwomen saya ♥

10:53:00 PG




Bismillah......hello tuesday! hari nie nak ke kelas semangat sikit sebab baru dapat semangat dari mak.


Kebetulan mak datang perak sebab ada kenduri so terus datang lawat anak dia yang banyak ragam nie *whahahaha 
Kemarin bila nampak mak turun dari kereta ja terus senyum macam panda *panda tahu senyum ke?
punya la rindu tahap gaban wey. Yala bff di rumah tu, semua story kami kongsi bersama tau. Wanny sorang ja yang berani nak berkongsi cerita pasal boyfriend dekat mak. Anak-anak yang lain mana ada, malu katanya :p


Mak siap cakap, " nie mak bagi peluk cium siap-siap nah, takut nanti cuti midsem kak cik tak balik kedah." 
Rasa nak nangis kejap, giler kau 4 bulan tak balik tengok kampung ! boleh nangis hari-hari kot. Untuk cuti midsem wanny balik dengan sepupu, so kalau dia ada tempahan katering tak dapat lah ai balik kedah uolls *sobsobsob 
Mau tak mau bulan 3 pula la mak datang ambik di perak. Lahai......sedih oiiii :'(


Nak cakap hebatnya seorang mak nie dari panggilan sahaja, martabat dia dah dipandang tinggi. Mengandung, melahirkan, jaga pakai makan dengan sempurna, membelai kita dengan penuh kasih sayang memang tiada bandingan. Dia makhluk istimewa. Alhamdulilah, mak wanny jenis yang suka memahami. Bila dia marah, dia akan cerita pasal hadis-hadis untuk kami adik beradik sedar. Nak naikkan tangan dekat kami adik beradik memang susah lah. Support untuk anak-anak dialah yang paling champion. Wanny sendiri pernah putus asa bila dengar semangat dari mak sendiri, terus bersemangat balik. Dia wanita hebat and she my superwomen. Dia tiada galang gantinya. She is only one.


Pernah juga bertanya dekat diri sendiri, mampu ke aku nak bahagiakan dia? mampu ke aku nak beri dia segala-galanya? mampu ke aku nak membalas jasanya? bila solat tak pernah sekali pun mendoakan kesejahteraan dia, dipanjangkan nyawanya untuk membalas segala jasanya, bahagiakan dia seperti mana dia berjaya bahagiakan anak-anaknya. Insyaallah....jasamu akan kami ingat sampai akhir hayat, thnk you Allah  
                                                                             

You Might Also Like

0 ulasan

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥