Kerana rindu ♥

10:06:00 PTG


 
Daripada Abu Darda’ r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“ Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampung atau di pendalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh 
(terpencil daripada kumpulan. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.


Kelebihan solat 5 waktu secara berjemaah 
  1. Diangkat kesusahan dalam kehidupannya.
  2. Diangkat seksa kuburnya.
  3. Surat Catatan amalannya diserah kepadanya  dengan tangan kanan.
  4. Melalui Sirat Mustaqim secepat kilat.
  5. Masuk kedalam Syurga tanpa hisab.



Bismillah......say Alhamdulillah first hihihi, terupdate juga blog kali nie. Entry nie wujud sebab terlalu rindu nak berjemaah dengan family di rumah *sob sob sob :'(


Sedih yunk oiii....selalu berjemaah sama-sama, baca yassin sama-sama. Ya Allah rindu sampai tak terkata dah nie. Satu benda bila wanny terlalu rindu yang teramat sangat dekat family di rumah lagi-lagi mak kesayang saya, wanny akan berzikir selalu biar hati tenang then sedekah doa buat mereka yang tersayang. Kenapa wanny zikir ? bila zikir hati tenang, bila zikir wanny rasa lebih dekat dengan Allah, then dengan zikir jugalah wanny ingat mak selalu sebab runtin harian mak selalu berzikir. Subhanallah......tenangnya hati lepas zikir memang tak boleh nak digambarkan. 


Indahnya Islam bila terlalu rindukan someone hanya berdoa, zikir, solat untuk hati tenang. Mudah bukan ? nak cakap diri nie baik memang tak lah, just nak share dengan korang jer ! bila kita dekat dengan Allah, hati lebih tenang, hidup lebih aman. Kadang-kadang ada masa diri nie khilaf, ada masa diri ini asyik lebihkan dunia dari akhirat. Cuba tanya pada diri, sampai bila ? itu yang wanny selalu tanya dengan diri sendiri ? Alhamdulillah, bila Allah uji diri ini dengan ujian automatiknya hati ini lebih megasihi Yang Maha Pencipta. Syukur Alhamdulillah, thank you Allah   



You Might Also Like

0 ulasan

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥