Makanan ketika lewat malam

3:12:00 PTG


Assalammualaikum 
Hey dears !
Ok korang pernah tak nak tidur then tetiba perut lapar ? orang lain dah siap tepuk-tepuk bantal nak tidur dah tapi korang still menggelupur cari makanan lagi. Pernah tak ? pernah tak ? haha mesti pernah khons ? Wanny time study dulu selalu sangat lapar tengah malam, lagi-lagi duduk asrama kerjanya maggie ja telannya. Kekdahnya asyik makan maggie memanjang jer, rambut pun gugur selalu la. Penangan menggie punya pasal. 
Then this entry wanny nak share dengan korang about eat. Makanan-makanan nie sesuai untuk kita makan time perut buat hal waktu lewat malam. Sebenarnya makan ketika lewat malam nie tak elok diamalkan sebab ia akan mengganggu proses penghadaman kita. Wanny dapat info ie bila selalu sangat kena ceramah dengan kengkawan, mak ayah dll. Ok korang sayang perut kan ? sebab tu kasi kenyang walaupun dah lewat malam, hah nie wanny ada share makanan yang sesuai bagi geng-geng yang suka makan lewat malam nie.
1. Pisang
Pisang mengandungi karbohidrat kompleks yang boleh menghasilkan melatonin untuk memudahkan kita tidur. Selain meningkatkan kadar insulin yang dihasilkan bagi membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi, kandungan potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga boleh membantu otot kita berehat.
2. Smoothie blueberri
Smoothie buah-buahan terutamanya blueberri yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak sebagai bahan asasnya elok dijadikan salah satu makanan ringan ketika tengah malam. Ia mampu berfungsi sebagai probiotik jika ditambah yogurt dalam bentuk cecair kerana boleh membantu melancarkan sistem penghadaman semasa tidur.
3. Yogurt dengan buah-buahan
Yogurt mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah. Selain menghilangkan rasa lapar, ia juga mampu mengelakkan insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam. Untuk proses antioksidan dan rasa yang lebih sedap, tambahkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi ataupun blueberri.
4. Buah-buahan segar
Buah-buahan segar elok dijadikan makanan ringan ketika lapar pada waktu malam, boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Selain menghilangkan rasa lapar, ia juga sebagai antioksidan dan melancarkan sistem penghadaman ketika tidur.
5. Bertih jagung
Bertih jagung ataupun popcorn merupakan karbohidrat kompleks yang mudah hadam. Seeloknya makan popcorn tanpa kandungan mentega ataupun garam yang tinggi supaya nilai kalorinya rendah dan sesuai dimakan ketika larut malam.
6. Roti gandum
Roti gandum kaya dengan Vitamin B kompleks, serat, Vitamin E, zat besi, zink, asam folat dan antioksida. Malah, kandungan karbohidrat kompleks di dalamnya boleh membuat kita berasa kenyang lebih lama. Makan sepotong sandwich yang diperbuat daripada roti gandum bersama daging tanpa lemak serta sedikit salad cukup untuk membuat kita tidur dengan lebih lena.

Thnks for reading,
See u 

You Might Also Like

0 ulasan

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥