First Giveaway by Anis Khalilah

4:57:00 PTG



Assalammualaikum

Hai guys !

TAJUK : IBU KAULAH SEGALANYA


Kenangan manis dengan mak kalau nak diceritakan memang banyak. Maybe esok punya entry pun still berupdate pasal mak lagi. Tapi kenangan manis yang paling best dengan mak bila dapat menjaga, merawat dia time sakit. 


Ok meh nak cerita, time wanny balik kg untuk cuti sem tahun lepas mak baru bagitau yang dia ada ketumbuhan pada rahim. Sebenarnya, satu family dah tau tapi tak nak bagitau wanny dulu and kebetulan wanny cuti sem 2 months so far Alhamdulillah...tarikh untuk mak operation buang ketumbuhan tu memang ngam-ngam time tu wanny dah cuti sem. Time wanny dapat tahu tu memang terkejut juga la sebab dia nampak tak risau langsung sebab tu tak rasa cuak pape pun walaupun operation untuk buang ketumbuhan tu adalah kedua yang paling serius selepas kanser rahim.


Masa 2 3 hari lagi dia nak kena pergi tidur hospital tu sempat lagi dia pesan dekat wanny 

" kak cik, mak dah siang ikan, ayam, and semua bahan-bahan masak cukup dekat dapur nanti masak lah pape pun dekat kakak ayah and adik-adik.

Time tu rasa eh boleh ke nak ganti tempat mak nie ? selama nie pun kalau masak, mak dulu yang jadi juri sebelum nak kasi orang makan. Then bila dia dah nak pergi hospital tu mak cakap 

" kak cik esok atau lusa kena pergi jaga mak dekat hospital tau. "

Kakak kerja, adik sekolah, yang last pula kena pergi asrama...maka dengan itu, akulah harapan untuk menjaga mak di hospital. Its ok mak, no problem :)


Then keesokkan paginya dalam pukul 10 lebih tu tercegatlah di hospital. Time tu tengok mak tengak siap-siap nak ke dewan bedah. Operation dia dalam pukul 12.30 macam tu. Dalam sibuk-sibuk dia bersiap tu dia cakap lapar. Baru tahu yang semalam dia datang dia dah tak boleh makan then sampailah hari dia operation. Siannya..mak :'(
Bila dia dah kena sorong masuk ke bilik bedah tu dia lambai-lambai kat kitorang, alamak tetiba rasa sebak...doa dalam hati semoga semunya berjalan dengan lancar. 
Alhamdulillah dalam pukul 5.30 macam tu mak dah siap dibedah. Ok part paling sedih, time doktor nak pindahkan dia kekatil biasa tu doktor panggil-panggil nama dia then bila dia dah sedar tu benda yang paling dia ingat ialah anak-anak dia. 


She say " mana budak-budak tu, dah makan ke belum " Subhanallah, time tu rasa sebak giler kot. Dia sakit pun still dia boleh tanya pasal anak-anak dia dulu. Air mata bertakung ja tak nak keluarkan, terharu beb ! memang terharu giler ! sedangkan dia yang lapar sebelum operation dia tak kisah langsung, yang dia kisahkan dulu anak-anak dia. Time mak sakit memang dugaan. Dugaan untuk wanny sebab nak kena ambil alih kerja mak dirumah then terkejar-kejar ke hospital nak jaga mak time malam. Time dia sakit dia tak banyak ragam macam anak-anak dia. Time tu baru sedar....memanglah aku letih, memanglah aku penat sebab aku pun manusia biasa juga tapi sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang merasa serba sedikit waktu untuk berbakti dengan ibu sendiri. Suap dia makan, tukar pakaian dia, lap badan dia, picit kepala dia, tahan dengan muntah dia. Bayangkan kalau satu hari dia dah takde, tak sempat merasa macam mana seronoknya dapat berbakti dengan mak yang telah membesarkan kita. 


Guys ! bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Mendidik, manjaga pakai makan, melayan ragam anak-anak. Insan yang bergelar ibu nie marah macam mana pun still setiap hari boleh berdoa untuk kita, siapkan makanan yang sedap-sedap untuk kita. Don't say " tak boleh nak membahagiakan dia, dia tak minta wang ringgit dari anak-anak dia tapi cukuplah andai kata kalau satu hari she gone kita boleh kirimkan doa-doa untuk dia." Syukurlah kalau dia masih bebel-bebel dari pagi sampai ke malam sebab bila dia dah tak ada kau akan rindu dengan bebelan-bebelan tu so bersyukurlah. Happiness comes from a grateful heart ! Ibu kaulah segalanya. To my supermum I LOVE U FOREVER 


Thnks for reading,

See u 



You Might Also Like

6 ulasan

  1. masa comment ni mata kelabu tak nampak apa sebab penuh dengan ayaq mata. fuhh. moga kita semua sempat berbakti buat kedua orang tua kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn...jgn lupa lap air mata tu sis :)

      Padam
  2. Ade singgah....
    Semoga berjaya.... :)

    http://musicstyle29.blogspot.com/2016/07/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum wanny :) Thanks sudi join giveaway anis. Good luck ye. Ibu anis pun penah operate kat rahim sebab ada ketumbuhan tapi anis tak diberi peluang pun untuk menjaga.. anis belajar jauh dari family., Wanny beruntung tau. Sama sama la kita mendoakan ibu kita semoga panjang umur sebab ibu memang tiada galang gantinya :')

    BalasPadam
  4. good luck :D
    http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/08/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    BalasPadam
  5. Hi ... Singgah dari segmen yang sama ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...

    BalasPadam

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥