Graduation day !

2:01:00 PTG





Assalammualaikum

Hey reades !


Graduation day punya entry nie dah berhari terperam dalam draf woi. Takde ideal nak menaip dah sepasal, lepas tu gambar pula merata pelusuk kena kutip dekat kengkawan. So wanny hidangkan gambar apa yang ada ja tau. Nak menunjukkan bahawa diri ini tersungguh tersangat gembira lagi seronok dapat bergraduation then dapat jumpa dengan geng-geng lama oiiii ! 



Hanya graduation sijil pertanian ?


Yes hanya sijil pertanian G-29. Hanya segulung sijil yang aku hadiahkan untuk mak ayah  dan keluarga tersayang. 2 tahun satu tempoh masa yang agak singkat untuk belajar semua benda mengenai pertanian. Cabaran dalam menjaga tanaman, mengeluarkan ideal untuk menbangunkan course masing-masing, sanggup berpanas bawah cahaya matahari itu biasa bagi kami yang bergelar student pertanian. Perempuan buat kerja berat itu cabaran dalam mempelajari ilmu pertanian. Bawa traktor/mesin rumput/gergaji pokok, pegang cangkul tangan jadi kasar, main tahi kambing & tahi ayam itu semua biasa bagi kami !


Mungkin pada pandangan orang lain sijil kami tidak berharga ! bagi kami segulung sijil itu terasa segala penat lelah selama dua tahun mencari ilmu di ladang, di reban, di makmal, di kawasan angkat terasa bebaloi. Hah ! kau ada belajar di reban ? Bukannya mahu menunjuk bidang siapa paling hebat tapi inilah realiti yang kami tempuhi sebagai budak pertanian. Itulah bukan senang nak mengapai sebuah kejayaan. Alhamdulillah....walaupun penat letih tapi syukurlah segala perit manis suka duka kami harungi dengan sabar redha berkat doa mak ayah family and kengkawan sekelian berbaloi dengan apa yang sudah kami usahakan. Syukur syukur syukur......thnk you ALLAH 



" Apabila semalam engkau berhajat untuk berjaya, hari ini engkau harus mula mengaturkan langkah "




Tarikh :16 Oktober 2016 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.







Pinjam bunga orang sat....bunga kita mak bawa lari turun bawah dah






Orang kuat disebalik kejayaan ini






Elehhh...putih sebab lighting je tu






Inilah mummy yang selalu ada time sakit, time susah, kawan study lewat malam, rakan kongsi atur plan untuk buat kerja gila 
*susah nak dapat kawan camni woi






Geng kuat merapu






Geng practikal kuat gelak vs otak masuk air







" Usah direnung penatnya secebis usaha, tetapi renunglah manisnya secebis kejayaan. "




Thnks for reading,


See u 

















You Might Also Like

7 ulasan

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥