Nukilan buat hawa

9:05:00 PTG





Kata Tuhan, namaku Perempuan

Aku ada untuk menjadi sebahagian dari kehidupan lelaki.

Aku ditakdirkan untuk menjadi penolong dan bukan
pengongkong.

Aku dijadikan dengan model yang indah dan lentur untuk
menjadi penumpang baginya dalam kehidupan.

Aku dibentuk bukan dalam kelemahan, melainkan dalam
kelemah lembutan untuk menampung semua keluh kesah dan
kesukaran yang dihadapi lelaki.

Kata Tuhan aku dihadirkan untuk memperlengkapi
lelaki dalam banyak hal, tapi bukan untuk mengatasi
lelaki dalam segala hal.

Aku ditiupi nafas kehidupan untuk memberikan suasana
kedamaian dan kesenangan, bukan untuk memberikan suasana
pertengkaran dan segala pergaduhan.

Aku ada supaya lelaki merasa bahagia, bukannya
sengsara. Mereka memerlukanku, seperti halnya aku
memerlukan mereka.

Puisi ini dihadirkan untuk memberikan semangat pada
mereka sebagai kaum perempuan yang memiliki hati kelembutan dan
juga memberikan erti dalam kehidupan ini.

You Might Also Like

0 ulasan

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥