Hilang ke mana ?

5:51:00 PTG



Assalammualaikum peeps ! 
Yeayy...blog berupdate juga hip hip horeyyyy !!!! hilang ke mana wanny nie? ada ja nie hah !! Busy memanjang sampai blog pun terabai. Aipp ! cuti sem pun busy ke ? of course le *mata ke atas*  
Walaupun cuti still busy okey ! busy dengan kerja-kerja dalam rumah nie ler. Perhhhh....penat wooo jdi suri rumah huwaaaaaa ;(
Giler tak penat sensorang ja yang buatnya =..= but it's ok senaman badan kasi cergas sikit sebelum balik IP nanti.


Blog mula tak berupdate bila mak dah start masuk wad. Then selepas operation wanny lah yang tukang tunggunya. Pengalaman masa dekat sana ? perghhhh!!! memang idok ler nak g sana lagi sebab layanan dekat sana memang kelaut ler. Baru kerja dekat sepital tu dah berlagak nak mampos ceihhh ! :p lepas nie check in hospital swasta jer lah, mahal tapi berbaloi dengan layan n makanan yang diorang sediakan. 



Sebenarnya tak ada isu pun nak pilih kerajaan ka swasta tapi bila kita dilayan macam sampah siapa yang boleh bersabar kan? Firstly wanny nak tegur juga sikap guard-guard pompuan lagi-lagi yang berjaga di sepital nuh tolong la beradab sikit yer !!! kita sesama duduk dalam negara yang sentiasa mengamalkan sikit hormat-menghormati so bila nak suruh sesiapa pun keluar bila dah habis waktu melawat tu cakap la baik-baik sikit tak payah nak tengking-tengking ok. Kang bila ditengking kau balik tahu pula nak main saman menyaman ! apa ingat tak ada duit ka nak naik turun mahkamah hah ??? lima hari dekat sepital tu sabar jer haku tengok perangai kau tengking-tingking orang. Yang sedihnya orang yang tua pun kau tengking... NAUZUBILLAH perangai kau *dalam hati nie selawat banyak2 then doa supaya jngn la ada org yg cuba tengking mak n ayh haku mcm tu* wanny pun tak pernah nak tengking mak ayah sendiri macam tu tau.




Pengajarannya, siapa pun kita walaupun tengah menjalankan tugas sekali pun, sebelum nak tengking ke nak tumbuk ke or nak sepak terajang ke cer pikir dulu kalau orang lain buat benda yang sama dekat keluarga kau, sepupu sepapat kau, apa perasaan kau ? sedih ? marah ? ke seronok ? ada otak fikir jangan simpan biar berulat ok ! wanny minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa dengan penulisan wanny untuk entry kali just nak share dengan korang yang kita nie hidup bukan untuk pikir pasal diri kita ja yer pikir pasal orang lain juga ok. Remember......what u give, u get back ! bye  









You Might Also Like

0 ulasan

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥