Tips : Gaya untuk si genit

4:38:00 PTG





Assalammualaikum dear 
Terpanggil untuk menaip tips bergaya buat gadis yang bertubuh genit macam ai nie hahah :p
Nasib sedor diri khons? huhu of course ler ! btw bukan senang nak pilih pakaian yang sesuai dengan shape badan yang genit nie tau. Kadang-kadang tu tersalah berfesyen juga tau. Baju corak melintang pun main hentam ja pakai, padahal untuk gadis genit lebih sesuai gayakan baju bercorak menegak untuk nampak lebih tinggi. Penah juga orang tegur wanny macam nie " laaaa...wanny nie tak besaq besaq noh " hahaha..... kalau balik kedah selalu kena camtu la. Bila pakai seluar skinny lagi la orang nampak kita nie bertubuh genit...huhu ! kalau ikut wanny memang lebih selesa dengan skinny ja. 



Selalunya masalah wanny susah nak sesuaikan baju dengan badan sendiri. Yala....bila pakai baju besar nampak tak elok untuk tubuh genit nie. Nak pakai baju yang kecil sikit nanti nampak terserlah sangat pulak shape genit nie. Sesapa yang cakap orang kecik nie senang untuk berfesyen tipu sangat tau ! baju saiz xxxs tau. Hurmmmmmm......agak tertekan bila nak berfesyen ok ! Bagi wanny, untuk berfesyen perlukan keselesaan, pakaian mengikut adab dan tidak menjadi mangsa fesyen. So wanny cuba juga la tips-tips berfesyen untuk gadis genit, now wanny share dengan korang pulak, tak best la share sorang-sorang jer kan? Meh kita cuba tips-tips berfesyen untuk si genit ! 



1. Pakaian satu warna

Berpakaian satu warna dari hujung rambut hingga hujung kaki hanya mewujudkan ilusi badan lebih kecil. Bukan saja menunjukkan kelemahan kita malah menampakkan kita lebih kurus. 

Gaya pakaian satu warna ini mungkin lebih sesuai untuk yang mempunyai badan yang agak besar kerana mampu mewujudkan ilusi kecil. Tapi jika anda sukakan ‘stail’ ini anda boleh menggunakan kasut atau tali pinggang warna yang berlainan bagi mewujudkan ilusi ketinggian kerana badan kita tidaklah tenggelam dalam satu warna.

Bagi lelaki, mungkin tali leher pula boleh dijadikan tarikan dengan warna yang agak berlainan daripada warna baju yang digayakan ketika itu. 

Peringatan penting, warna terang atau ‘color blocking’ amat popular ketika ini dan tidak salah anda mencuba untuk dijadikan gaya harian. Rasanya anda akan nampak menarik dan kelihatan sedikit berisi.


2. Muat dengan diri pemakai

Sentiasa pakai pakaian yang betul-betul dengan saiz badan anda dan elakkan daripada memilih kemeja yang terlampau besar ataupun terlampau kecil kerana ia akan membuat anda nampak lebih pendek.

Anda juga perlu elakkan daripada memakai baju yang mempunyai corak yang sarat seperti poket atau ‘drapping’ kerana ia akan membuat anda nampak berat dan pendek.


3. Berjalur tegak

Sentiasa memilih pakaian yang mempunyai jalur menegak kerana ilusi ketinggian pasti mampu terbentuk dan jika anda memilih garisan mendatar anda akan nampak lebih lebar. Anda juga boleh memilih ‘plate dress’ kerana ia pasti menimbulkan ilusi tinggi dan pasti nampak lebih ranggi kerana corak ‘plate’ yang kebetulan sedang hangat sekarang.

Tapi ingat sentiasa memilih corak ‘plate’ yang kecil dan tidak terlampau besar kerana jika salah memilih pasti kelemahan anda terserlah. Rasanya jalur nipis sudah cukup untuk menonjolkan lebih identiti dalam penggayaan anda.


4. Leher bentuk V

Kalau anda seorang lelaki yang rendah dan kemudiannya kurus pula, jangan sekali gunakan baju yang mempunyai potongan bentuk leher bulat kebiasaan kerana ia tidak membantu dalam menonjolkan gaya buat anda. 

Tidak salah atau kurang apa-apa tapi sekiranya anda memilih untuk memakai baju atau jaket yang mempunyai bentuk ‘V’, ia akan memberikan gaya lebih menarik kerana ia mampu menimbulkan ilusi ketinggian.


5. Sentiasa memakai tumit tinggi

Ia adalah cara paling mudah untuk nampak tinggi tapi selalu ingat pilih kasut tumit tinggi yang ketinggian tidak melampau kerana bimbang anda akan nampak terlalu mencuba ke arah itu.

Bagi lelaki pula dan golongan gadis tidak terkecuali, elakkan memilih ‘gladiator’ kerana ia bukan saja tidak sesuai malah anda akan nampak lebih pendek daripada sepatutnya. Lelaki pula jangan risau anda boleh memilih kasut berjenama ‘Girrafe’ kerana ia mempunyai tumit yang tinggi secara natural.


6. Elakkan fabrik yang bertekstur

Tip seterusnya, elakkan memilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik bertekstur dan besar kerana anda akan nampak lebih pendek dan percaya atau tidak, ia akan memberikan satu gambaran yang anda kelihatan lebih gemuk. 

Kalau ingin mengenakan ‘sweater’ atau baju sejuk, pilihlah material yang nipis dan bentuk potongan leher ‘V’ bagi menimbulkan ilusi yang lebih tinggi.


7. Elakkan beg tangan besar

Peringatan bagi golongan gadis kecil, memakai beg tangan yang terlampau besar bukan saja buat gadis pendek nampak lebih pendek malah membuatkan anda nampak lemas kerana beg berkenaan memotong separuh figura badan anda. 

Dalam kata lain, potongan beg itu akan menenggelamkan diri anda sendiri dan membuatkan orang lain melihat beg dulu sebelum wajah anda. Justeru, pilihlah beg tangan yang sederhana agar ia nampak elegan dengan rangka bentuk badan anda.


8. Pilih pakaian mini sesuai

Memilih mini skirt, ‘dress’ mini yang sesuai dan kemas pada potongan bentuk badan anda bagi mengelakkan nampak pendek dan kaki nampak lebih pendek. Ia satu fakta yang jelas dan acap kali diperkatakan oleh banyak kajian pakar fesyen yang individu bertubuh kecil perlu bijak memilih ‘skirt’ kerana bimbang ia akan memburukkan lagi gaya mereka. 


9. Tali pinggang halus

Khususnya bagi lelaki, sentiasa memilih tali pinggang yang bersaiz halus kerana jika si pemakai memilih tali pinggang yang lebar dan besar ia akan memotong separuh figura badan dan sekali gus pemakai akan nampak lebih pendek dari asalnya.

Gadis juga yang mengenakan fesyen tali pinggang, jangan sekali memilih tali pinggang terlalu besar walaupun ia sedang menjadi ‘trend’ hari ini kerana gaya itu akan membunuh diri sendiri kerana aksesori itu akan lebih menonjol.


10. Seluar potongan lurus

Terakhir, orang yang bertubuh kecil dan kurus sepatutnya mengelakkan daripada memilih seluar berpotongan ‘skinny’ atau terlalu ‘skinny’ dan ‘agogo’ kerana ia akan membuat si pemakai nampak pendek.

Pilihlah seluar berpotongan lurus dan elakkan juga memilih seluar yang mempunyai banyak ‘details’ seperti poket dan lain-lain kerana ia akan membuatkan gaya anda menjadi lebih sarat.

‘Skinny’ memang fesyen hari ini tapi perlu diingatkan kerana lelaki bertubuh kecil, jangan memakai seluar yang terlalu ‘skinny’ kerana ia membuatkan anda kelihatan lebih pendek.



" Berani melangkah ke depan yang penuh risiko dalah sifat seseorang yang ingin maju dan berani menantang dunia "

You Might Also Like

2 ulasan

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥