Fakta menarik tentang kucing

3:50:00 PTG

Hasil carian imej untuk cat tumbrl


Assalammualaikum

Hai reades !


Wahai kengkawan sekalian, adakah anda-anda peminat kucing ? cats lovers ? yes ! ok kita geng ! 


Kucing dalam rumah wanny 2 ekor ja. Dua-dua jantan. Seekor jumpa tepi jalan and seekor lagi pula jumpa di mall. Alhamdulillah...walaupun bukan adik-beradik still boleh main sama-sama. Cuma si Dabu yang datangnya dari mall tu, kerek sikit la asyik nak makan ayam ja. Habis duit gaji ooo....kalau hari-hari ayam. Lama-lama sikit mak wanny ajar dia makan nasi yang digaul dengan ikan. Hah ! sekarang dah jadi feberet. Ok hari nie wanny nak share fakta tentang kucing. Korang tahu tak ? ada yang tak tahu kan ? wanny pun baru tahu sebenarnya kucing jantan nie kidal. Ok meh baca !


  • Kucing menyimpan tenaga dengan tidur sehingga 13-14 jam sehari.
  • Kucing mempunyai deria penglihatan yang sangat tajam di waktu malam iaitu enam kali lebih bagus daripada penglihatan manusia.
  • Jangka hayat seekor kucing mencecah sehingga 12-15 tahun.
  • Kucing tiada deria rasa manis.
  • Menurut kajian, pemilik kucing jarang diserang penyakit jantung atau strok.
  • Kucing jantan akan menggunakan tangan kiri ataupun dipanggil kidal manakala betina lebih menggunakan tangan kanan ketika melakukan sesuatu.
  • Kucing mampu mengeluarkan 100 jenis bunyi yang berbeza dan setiap satunya mempunyai maksud dan tujuan.
  • Kucing boleh melompat sehingga enam kali ketinggiannya.
  • Kucing mempunyai deria pendengaran tiga kali lebih tajam berbanding manusia.
  • Kucing membersihkan diri dengan menjilat badannya, juga untuk menghilangkan bau manusia yang memegangnya.
  • Kajian menyatakan lelaki yang memiliki kucing mempunyai sifat manja dan sensitif seperti kucing. Lelaki yang memiliki kucing juga dikatakan romantik dan mempunyai hubungan cinta yang lebih baik.
  • Kucing boleh melahirkan anak seekor hingga sembilan ekor. Namun rekod kucing pernah melahirkan 19 ekor anak.




Thnks for reading,

See u 










You Might Also Like

3 ulasan

  1. saya takut kucing tapi kucing suka kejar saya :)

    BalasPadam
  2. saya memang suka kucing. tapi satu je peel pelik, kucing orang saya takut, kekadang geli jugak, tapi dengan kucing sendiri ok je. haiyaaa.

    BalasPadam

Hey kiut & hensome, thnks sudi singgah ♥